Rawatan Tradisi

Halaman Utama | Prosidur Pesanan | Pertanyaan | Maklumbalas

Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu

Kalam Muqoddimah

bismi_bt_175w_1c.gif

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas kurniaan nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarganya, para sahabat, para tabi'in dan pengikutnya hingga ke akhir zaman.
 
Saya selaku Pengendali laman web ini ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya maka saya dapat menyusun laman web ini hingga siap demi kepentingan ummah semua. Dengan harapan agar ianya ideal untuk dijadikan suri teladan dan rujukkan serta amalan kepada generasi kini dan masa hadapan.
 
Sebagaimana Ayat dan Hadis di bawah ini yang bermaksud;
 
" Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu, dan penawar (ubat) bagi (penyakit) yang ada didalam dada, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman'.
                                                                                               ( Yunus 57 )
 
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang jadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman , dan bagi orang-orang yang zalim tetap bertambah merugi."
                                                                                           ( al isra' : 72) 
 
 
"Katakanlah, Al-Quran itu sebagai petunjuk dan penawar  (ubat) bagi orang-orang yang beriman"
                                                                                        (Fusshilat : 44 )                                                                                   
Berpandukan ayat-ayat dan hadis ini para ulama sepakat mengatakan Al-Quran ini adalah penawar kepada penyakit rohani mahupun jasmani. Antaranya ulama zaman moden yang memperakuinya ialah Imam Ibnu Qayyim Al-Jawzi, dalam kitabnya bernama Madari Jus Salikin juz 1 halaman 52-58.Bahkan ramai lagi yang turut sependapat maka inilah yang menjadi pegangan saya dalam Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu .
 
Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu ini sebenarnya adalah doa-doa dan amalan para Rasul, Nabi, para sahabat berdasarkan kitab-kitab muktabar yang telah dihasilkan oleh para ulama Aamilin yaani Imam Al Ghazali, Imam Al-Syaffie, An-Nawawi dan ramai lagi. Justeru itu  Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu ini adalah berlandaskan hukum hakam islam yang amat kita cintai ini.Alhamdullillah saya dapat mempelajari serta mengamalkannya melalui Almarhum Nenda saya, yang semasa hayatnya dapat membantu insan lain melalui amalan ini.
 
Sebenarnya saya merasa terpanggil untuk mentashihkan Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu apabila saya dikejutkan dengan khabar dari ibu rakan saya bahawa beliau telah menghabiskan ribuan ringgit untuk merawat penyakit gangguan syaitan yang di alami oleh anak gadis beliau.Saya cukup terkejut dan amat terharu apabila mengenangkan nasib seorang warga emas yang juga merupakan seorang balu sanggup bergolok gadai untuk merawat anak gadis beliau ! Bahkan ada pula pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas keperitan insan lain.
 
Justeru itu saya beriktizam dan bertekad untuk berkongsi Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu dengan insan lain yang amat memerlukan dengan kadar yang amat minimum agar peristiwa yang saya sebutkan tadi tidak berulang lagi di masa akan datang ! Inilah sahaja sedikit kepandaian yang telah saya warisi dari Almarhum Nenda saya, untuk membantu insan lain demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
 
sesungguhnya, segala kebenaran dan kebaikkan adalah dari Allah S.W.T, manakala jika ada kepalsuan, pastinya datang dari kelemahan diri Penyusun. Saya selaku Penyusun laman web ini memohon keampunan, petunjuk dan hidayat dari Allah S.W.T.
 
 
Amin ya Rabbal 'Allamin.
 
SM Amin M Yaacob
Kuala Lumpur.

 
 
 
 
FADILAT
 
Untuk mengamalkan sebarang amalan ini maka anda akan dikenakan fadilat atau upah perlaksanaan amalan ini sebanyak RM 5 bagi tiap-tiap satu amalan. Insyaallah amalan ini akan diposkan kepada anda setelah anda memenuhkan Borang Prosidur Pesanan.
 
Fadilat atau upah perlaksanaan amalan ini terpaksa dikenakan keatas anda demi membantu Pengendali laman web ini untuk menanggung segala kos-kos mengendalikan laman web ini sehinggalah kepada ke penghantaran amalan ini kepada anda. Setidak-tidaknya dapat juga membantu meringankan bebanan Pengendali laman web ini  dalam membantu mereka yang amat memerlukan bantuan.
 
Walaubagaimana pun pada pendapat Pengendali laman web ini, fadilat atau upah perlaksanaan amalan ini dikenakan pada kadar yang minimum sekali. Anda hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sekali sahaja seumur hidup anda tetapi anda boleh mengamalkannya pada bila-bila masa sahaja bahkan boleh diwarisi kepada anak cucu anda sekalian. Sebenarnya inilah yang amat diharapkan oleh Pengendali laman ini, agar amalan ini akan kekal sepanjang zaman !
 

 
PERINGATAN
 
Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu  ini hanya untuk diamalkan serta digunakkan oleh orang-orang Islam sahaja. Mereka yang bukan Islam tidak boleh mengamalkan sebarang amalan dari Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu.

 
 
 
RAWATAN MUJAROBAT TRADISI MELAYU
 
1.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk mengatasi masalah anak-anak yang lembab dalam menangkap pelajarannya. Ianya juga amat berkhasiat sebagai 'Penerang Hati' bagi melancarkan hati anak-anak anda dalam proses pembelajarannya.
 
Insyallah masalah anak-anak yang lembab, bodoh dan kurang minat dengan pelajarannya akan dapat diatasi dengan amalan ini. Isyaallah dengan izinNya jua akan sembuh dari permasalahan ini.
 
2.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk anak-anak yang nakal, tidak mendengar kata, degil , jahat dan sering mencuri. Bahkan amalan ini amat ampuh untuk mengatasi masalah anak-anak yang kurang ajar serta sering engkar akan suruhan orang tua mahupun guru beliau.
 
Ataupun dengan lebih tepat lagi amalan amat mujarab untuk menjinakkan anak yang 'liar' dan 'keras kepala' serta yang sudah tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya mereka lalui ! Semoga buluh yang masih rebung  ini dapat anda bentuk sebelum mereka menjadi buluh !
 
3.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk menolak atau memulihkan masalah kemandulan. Amalan biasanya memerlukan tempoh yang panjang untuk diamalkan, malah mengambil masa dari 3 ke 6 bulan untuk mendapatkan hasilnya. Justeru itu anda yang benar-benar sabar dan mengamalkan secara konsisten sahaja yang bakal menikmati hasilnya.Ianya bukan setakat amalan semata malah merangkumi soal-soal pemakanan anda serta doa yang berterusan sehingga berjaya !
 
Namun bukan sesuatu yang mustahil untuk berjaya malah daripada pengamatan saya sejak dari kecil lagi, ramai yang telah berjaya memprolehi zuriat melalui amalan ini. Tiada sebab untuk anda mengatakan tidak sebelum anda mencuba? Asalkan anda benar-benar yakin, sabar, ada kesungguhan serta usaha yang tidak mengenal jemu insyallah pasti anda akan berjaya, dengan izinNya jua !
 
4.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk menhentikan tabiat penagihan dadah. Ini merupakan bukan satu perbuatan yang mudah untuk dilaksanakan. Selain dari amalan ini penagih juga perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi di samping ketahanan diri yang amat jitu juga diperlukan untuk terus melupakan tabiat ini. Jika tidak amalan ini untuk melupakan kegiatan buruk ini hanya bersifat sementara sahaja.
 
Justeru itu mereka yang rapat dengan penagih seperti ibubapa, suami atau isteri, adik beradik atau teman rapat si penagih wajib memainkan peranan penting untuk mengawasi gerak geri penagih secara rapi sepanjang proses mengamalkan rawatan ini. Jika di usahakan dengan bersungguh-sungguh insyaallah si penagih dapat di pulihkan. Dimana ada kemahuan maka di situ ada jalan !
 
5.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk mempercepatkan jodoh. Sesungguhnya sebarang kecacatan atau kekurangan fizikal seseorang itu bukanlah merupakan faktor utama yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk mendapatkan jodoh. Bahkan ada sesetengah kes mereka yang berkedudukkan tinggi serta mempunyai paras rupa yang menawan juga sukar untuk mendapatkan jodoh.
 
Sesungguhnya Allah S.A.W menjadikan tiap suatu kejadian berpasang-pasangan ! Cuma kita sebagai hambanya yang serba kekurangan ini perlu berusaha dan akhir berserah agar dikurniakan sesuatu yang dihajatkan itu ! Insyaallah  Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk mempercepatkan jodoh ini adalah salah usaha kearah ini, moga-moga dimakbulkanNya dengan kadar segera!

6.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu untuk memulihkan masalah ketagihan arak dan judi. Walaupun masalah ini tidak seteruk masalah penagihan dadah, namun jika tidak dibendung ia boleh membawa kesan yang sama hebatnya dengan masalah penagihan dadah. Malah ada kes yang telah berumahtangga, hampir-hampir bercerai.
 
Alhamdullillah masalah penagihan arak sang suami dapat di bendung akhirnya manakala kedua-dua belah keluarga pula  memainkan peranan penting dalam usaha memberi sokongan moral dan material kepada sang isteri supaya tabah menghadapi dugaan ini !
 
Insyaallah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengamalkan rawatan, diiringi rasa keinsafan yang tinggi serta dengan sokongan keluarga dan teman rapat insyaallah masalah ini pasti dapat di hentikan dengan kadar segera. Pada hakikatnya walaupun masalah ini pada zahirnya nampak mudah untuk di hentikan tetapi ia sebenarnya bukan suautu perkara yang mudah untuk membuang tabiat keji ini !
 
7.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu  sebagai selusuh yang amat mustajab. Terutamanya bagi ibu-ibu yang pernah mempunyai sejarah sukar untuk bersalin dan masalah terlekat uri.
 
Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu  ini bukan sahaja amalan doa hizhib bahkan meliputi amalan pemakanan dan peminuman yang perlu anda amalkan beberapa bulan sebelum anda bersalin. Insyaallah dengan izinNya dan berkat amalan ini maka anda akan bersalin dengan mudah pada kali ini.
 
8.     Amalan Mustajab sebagai Babur Rezeki / Pintu Kerezekian ini adalah amalan yang benar-benar ampuh untuk diamalkan terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Ianya juga adalah ampuh untuk diamalkan bagi mereka yang ingin keluar dari kesusahan yang semakin menghimpit dan kemiskinan yang semakin mencengkam, malah amalan ini pernah dikatakan oleh Arwah Nenda saya sebagai Pintu Keluar Dari Kefakiran ! Dimana anda tidak akan kekurangan rezeki malah pintu rezeki anda umpamakan lautan yang terbentang luas malah anda seringkali mendapat rezeki tanpa di sangka ! 
 
Tetapi bukanlah bermakna anda hanya perlu beramal sahaja tanpa sebarang usaha dan pekerjaan untuk dilakukan, mustahil untuk menjadi kaya raya. Tetapi amalan ini perlulah dilakukan beserta dengan usaha gigih tanpa mengenal jemu oleh anda, serta diringi dengan amal ibadah disamping meninggalkan segala larangan dan menunaikan segala kewajiban anda sebagai orang islam.
 
Tetapi perlu diambil ingatan bahawa amalan ini bukannya sesuatu yang mudah untuk diamalkan. Anda perlu mengamalkannya secara konsisten dan mempunyai disiplin yang tinggi. Kerana amalan ini bukan setakat amalan sahaja tetapi ianya merangkumi doa-doa, wifik, zikir-zikir serta ayat-ayat Al-Quran yang perlu anda amalkan pada tiap-tiap hari ! Tetapi jika orang lain boleh mengamalkannya dan ada yang telah berjaya di dalam hidup mereka,  maka tiada sebab untuk anda mengatakan tidak sekiranya anda pun berhajat untuk berjaya juga??
 
9.     Amalan Mustajab Ilmu Mahabbah yang amat ampuh, ataupun kalau di Malaysia lebih dikenali sebagai Ilmu Pengasih. Perlu diambil ingatan bahawa amalan adalah amat mujarab akan khasiatnya. Justeru itu sekiranya anda benar-benar telah bersedia untuk berumahtangga sahaja boleh mengamalkannya.
 
Sekiranya anda membuat main-main maka Pengendali laman web ini  khuatir dan bimbang akan musibah yang bakal menimpa anda tidak terperi rasanya kelak. Pengendali laman web ini  juga tidak akan bertanggung jawab akan sebarang permasalahan yang bakal timbul sekiranya amalan ini di buat main-main. Amalan ini sebenarnya amat mustajab untuk diamalkan oleh kaum Hawa dan mahupun Adam yang telah benar-benar bersedia untuk berumahtangga.
 
Insyaallah dengan izinNya amalan ini akan membuatkan hati seseorang menjadi binggung, kasih, rindu, sayang dan rasa asmara yang teramat sangat terhadap anda !
 
10.     Amalan Mustajab Ilmu Pendinding yang amat ampuh ini sebagai pendinding rumah mahupun perniagaan anda dari 101 kejahatan. Insyallah rumah mahupun perniagaan anda akan dipagar dari sebarang unsur kejahatan, sihir malah akan dijauhkan dari sebarang kecelakaan akibat bencana alam mahupun kebakaran.

11.     Amalan Mustajab ini adalah amat besar fadilatnya agar anak atau isteri atau pembantu rumah atau siapa juga ahli keluarga kita yang melarikan diri tanpa pesan dari rumah agar segera kembali dengan kadar segera.
 
Tetapi barang diingat apabila mereka telah pulang di rumah janganlah sesekali dipukul atau dimarahi, bahkan perlu di layan dengan sebaik mungkin. Jika ingin ditanya atau dinasihati maka menanyalah dengan kaedah atau cara yang tidak melukakan hati mereka kembali !
 
12.     Amalan Mustajab ini adalah ampuh dan berkesan untuk mendapatkan semula barangan yang telah hilang. Insyaallah sekiranya dicuri sekalipun maka dengan izin Allah S.W.T maka si pencuri akan memulangkan semula barangan anda yang telah di curinya. Cuma barang diingat jangan diapa-apakan si pencuri yang telah memulangkan barangan anda itu !
 
13.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu sebagai amalan pengasih / mahabbah untuk menenangkan serta mengharmonikan rumahtangga yang berantakkan. Ianya juga amat berkhasiat untuk mendamaikan serta mengakrabkan dua atau lebih isteri-isteri yang bermadu. Ianya juga berkhasiat mendamaikan dan mengakrabkan hubungan dalam keluarga yang sering bertelagah, contoh antara adik dengan abang atau mentua dengan menantu.
 
Selain dari itu amalan ini juga amat berkhasiat untuk mencegah atau memulihkan perangai suami atau isteri dari berlaku curang atau berbuat serong. Insyaallah dengan izin Allah SWT kerana amalan ini sudah terbukti keampuhannya.
 
14.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu amalan untuk diamalkan oleh para isteri demi kebahagiaan rumahtangga di samping untuk memenuhi kehendak seksual suami secara maksimum. Amalan ini dapat menyempitkan vagina anda seolah-olah anda masih lagi gadis.
 
Bahkan amalan mengembalikan dara ini adalah amat berkesan kerana kesannya dapat di rasakan oleh suami anda sebaik sahaja anda mengamalkan amalan ini. Amalan ini juga mempunyai khasiatnya tersendiri seperti dapat menghilangkan masalah sengugut. Amalkan ini juga dapat menyegarkan faraj anda bahkan ianya sentiasa segar dan mengeluarkan bau-bauan yang menyegarkan dan tidak meloyakan suami anda. Yang paling penting amalan akan dapat membuatkan suami anda kagum dengan kehebatan anda hinggakan dia tidak akan tengiur dengan wanita lain, insyaallah !
 
15.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu amalan ampuh untuk memulihkan masalah mati pucuk. Ianya bukan setakat amalan tetapi turut merangkumi cara hidup sehari-harian. Insyaallah sekiranya amalan ini dilakukan secara konsisten insyaallah penyakit anda ini akan pulih dalam masa 2 minggu.
 
Amalan ini juga amat berkhasiat untuk memulihkan zakar yang lembik dan tidak bertenaga. Turut disertakan dengan doa untuk menguatkan tenaga syahwat serta untuk mengeraskan zakar. Dengan izinNya anda kembali bertenaga semula dalam hubungan kelamin anda dalam masa 2 minggu selepas mengamalkan amalan ini, insyaallah. Boleh dikatakan inilah dia kehebatan Viagra Tradisional Melayu !

16.     Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu amalan untuk menjadikan anda sebagai 'Jantan Perkasa'.Amalan ini bukan setakat amalan iaitu doa dan wifik sahaja tetapi turut meliputi soal pemakanan dan kehidupan anda sehari-harian. Amalan ini adalah berkhasiat untuk suami yang seringkali tidak dapat menandingi kehebatan isteri apabila bersama.Insyaallah dengan amalan ini isteri anda akan tersenyum puas.
 
Melalui amalan ini juga turut di sertakan cara-cara untuk mengelakkan mati pucuk. Disamping itu ianya juga untuk menguatkan tenaga batin anda dan amat sesuai bagi mereka yang beristeri ramai. Insyaallah anda akan dapat melayani isteri-isteri anda pada tiap-tiap malam. Bahkan anda juga akan dapat menyegarkan badan anda serta memulihkan lemah-lemah dan sengal-sengal badan akibat terlalu banyak mengadakan hubungan seks, disamping untuk memulihkan masalah sakit pinggang.
 
Ini adalah merupakan satu amalan yang amat kompleks dalam kehidupan seorang suami atau lelaki itu. Selain dari permasalahan diatas amalan ini juga dapat menambahkan mani disamping untuk menguatkan nafsu syahwat untuk menjadikan anda hebat diranjang. Sekiranya anda bersedia untuk melakukan turut disertakan dengan amalan untuk memanjangkan dan membesarkan zakar anda serta 'merawat sindrom cepat muntah' yang munkin anda hadapi.
 
 

17.     Amalan Pendinding Mustajab  iaitu satu amalan yang amat ampuh sekiranya di amalkan mengikut aturan yang di tetapkan beserta dengan keyakinan yang tinggi.
 
Insyaallah dengan amalan mustajab ini segala niat jahat manusia tidak akan 'tembus' pada anda walaupun mereka menggunakkan sihir atau guna-guna yang amat 'kuat' kepada anda! Bahkan sekiranya ada manusia yang ingin merompak atau menyamun anda sudah pasti mereka akan gagal kerana merasakan solah-olah ada 'dinding' yang amat kuat dan tebal yang melindungi anda.
 
Amalan Pendinding Mustajab ini juga merupakan pendinding dari segala makhluk Allah SWT yaani manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
 
Insyaallah melalui  Amalan Pendinding Mustajab  ini juga akan menjadikan anda kebal dari 101 jenis senjata, dengan izinNya bahkan jika diletakkan pada suatu kawasan maka ular yang menjalar sekalipun takut untuk melintasinya ! Tapi dengan syarat anda tidak bongkak atau riak serta sombong dengan amalan ini.
 
Insyaallah anda juga akan diijazahkan dengan hizhib dan wifik bagi menolak akan gangguan jin dan syaitan, binatang buas dan serangga serta kebakaran dan kecurian. Disamping itu insyaallah anda juga akan diijazahkan dengan azimat bagi menolak 101 gangguan dan tuju-tuju oleh 101 makhluk Allah.
 
 
18.     Amalan Penunduk Mustajab  iaitu satu amalan yang amat ampuh agar anda menang terhadap musuh anda. Antara khasiat amalan ini jika dibawa kehadapan musuh anda dan dibaca maka anda akan memperolehi kemenangan mutlak. Insyaalah musuh anda kan menjadi gentar serta berundur kebelakang dan jika boleh mereka melarikan diri meninggalkan anda. Amat sesuai untuk digunakkan dalam pergaduhan, perbicaraan, perdebatan atau pertengkaran, sebagai contoh amat sesuai di gunakkan oleh ahli politik dalam mematahkan hujah musuh mereka !
 
Disamping itu amalan ini juga kan merendahkan moral dan semangat anda serta menjadikan mereka kelam kabut dan tidak tentu arah. sekiranya musuh anda ini benar-benar marah dengan anda dan langsung tidak memberikan peluang untuk kepada anda untuk berunding, maka inilah amalan yang amat sesuai.
 
Bahkan secara tiba-tiba beliau akan hilang rasa marahnya dengan anda lantas ingin berunding serta bertolak ansur bahkan akan berlembut dengan anda untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Bagi Arwah Nenda saya amalan ini di ibaratkan sebagai 'penawar api kemarahan yang sedang marak'!
 
Dalam pada masa itu musuh akan menjadi kebinggungan serta perasaan yang berbaur takut dan bimbang. Anda juga akan diijazahkan dengan asma untuk mengunci mulut musuh anda.Disamping untuk memecahkan perpaduan musuh anda agar mereka berselisih faham antara satu sama lain, sehinggakan anda dapat mencerai beraikan rumahtangga musuh anda. Perlu diingat amalan hanya di gunakkan kepada musuh-musuh yang benar-benar zalim pada anda sahaja !
 
 
19.     Amalan Penawar Mustajab  iaitu satu amalan sebagai penawar 1001 jenis penyakit rohani mahupun jasmani.Insyaallah dengan izin Allah SWT segala macam penyakit ini dapat di sembuhi tanpa anda sedari.
 
Paling ketara amalan ini dapat menyembuhkan permasalahan kerasukkan atau histeria dengan kadar segera.
 
Amalan ini juga dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang sukar disembuhkan dengan perawatan moden pada hari ini. Umpamanya penyakit yang melibatkan tekanan jiwa atau gangguan emosi. Bahkan tekanan jiwa yang berada pada tahap kritikal yang kadangkala menyebabkan sipesakit menjadi kurus kering juga dapat diatasi melalui kaedah ini. Terutamanya jika jenis penyakit ini berpunca dari amalan sihir atau ilmu hitam !
 
Insyaallah sekiranya amalan ini dilakukan serta diamalkan dengan tertib dan mematuhi amalannya maka dalam masa 3 hari anda akan dapat lihat perubahan yang ketara pada diri pesakit.
 
Insyaallah anda juga akan diijazahkan dengan doa air penawar serta asma dan wifik sebagai penawar yang amat ampuh untuk 1001 jenis penyakit.
 

20.     Amalan Mustajab Untuk Memperolehi Pengaruh Yang Tinggi khususnya untuk memperolehi kewibawaan dan darjat yang tinggi serta digeruni oleh setiap orang bahkan diberikan penghormatan dan disegani.  Kadangkala disebabkan terlalu segan dan hormat pada anda menyebabkan mereka akan menurut sahaja segala arahan dan perintah serta sebarang teguran anda tanpa banyak soal. Amalan ini amat berguna kepada mereka yang bergelar 'boss', majikan, ketua jabatan atau pasukan malah amat bermunafaat bagi mereka yang menceburi bidang politik khasnya.
 
Amalan ini memudahkan segala hubungan kerja anda, dengan izinNya maka sebarang permasalahan serta ketidakpuas hati terhadap anda akan dapat diselesaikan dengan mudah. Bahkan masyarakat atau mereka yang berada disekeliling anda akan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada anda. Justeru itu amalkan secara tertib dan mengikut segala peraturan amalan dengan teliti insyaallah anda akan dapat merasai nikmat amalan ini dengan cepat dan pantas bahkan ada sesetengah kes tanpa mereka sedari !
 
Amalan ini juga amat berkhasiat bagi mereka yang menjadi 'pekerja'. Amalan ini akan mempermudahkan kenaikkan pangkat anda bahkan akan berlaku peningkatan yang mendadak dalam karier anda! Secara tidak langsung amalan ini juga merupakan pemudah pintu kerezekian anda seterusnya segala dugaan dan rintangan yang selama ini menjadi penghalang kepada kajayaan anda akan dapat diatasi dengan mudah.
 
Disamping asma yang mana jika anda bawa selalu ketempat anda mencari rezeki atau perusahaan atau persidangan atau majlis ucapan anda insyaallah dengan izinNya anda akan disegani serta dihormati oleh semua orang serta mendapat kewibawaan dan penghormatan yang luarbiasa. Kebiasaanya inilah antara amalan yang kerap kali digunakkan oleh pemimpin-pemimpin puak pada masa zilam.
 
Dalam pada itu amalan ini juga berkhasiat untuk melemahkan seteru anda. Jika sebelum ini beliau sering menentang anda dalam sebarang keputusan yang di buat maka kali ini insyaallah beliau akan turut menyokong anda bahkan sekalian yang hadir akan turut memberi sokongan penuh tanpa berbelah bagi pada anda. Insyallah amalan pemimpin-pemimpin puak pada masa zilam akan menjadi amalan anda seterusnya anda akan dapat menjadi pemimpin yang tak kurang hebatnya  pada masa akan datang, insyallah.

CARA MEMBUAT PESANAN
 
Sekiranya anda berhajat untuk membuat pesanan bagi Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu sila penuhkan Borang Prosidur Pesanan.
 
 

how2.gif

enter.gif

PERTANYAAN
 
Sekiranya anda ada mempunyai sebarang pertanyaan berhunbung laman web ini atau permasalahan anda tidak ada dinyatakan di Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu sila emailkan kepada Penyusun Laman Web ini.Insyaallah saya akan cuba memberikan respon terhadap pertanyaan atau kemuskyilan anda ini selewat-lewatnya dalam masa 7 hari bekerja.
 

islamfortoday1.gif

istanbul_title.gif

© Copyright 1995-2008, Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu.

All Reserved Rights  About this website | Legal & Privacy | Partners