Rawatan Tradisi

Maklumbalas

Halaman Utama | Prosidur Pesanan | Pertanyaan | Maklumbalas

Soalan & Maklumbalas

No 1
 
Daripada:     Dewi Sunah Ramsi
Email:               dewisunnahr@gmail.com
 
Soalan;
 
Saya berumur 21 tahun dan masih lagi menuntut di salah sebuah IPTS di S Alam. Saya sungguh sedih dengan diri saya. Bayangkanlah dengan ketinggian 157cm tetapi berat badan mencecah 88kg. Wajah saya agak hodoh dan tidak menarik kalau dibandingkan dengan pelajar perempuan yang lain.
 
Tidak ada pelajar lelaki yang hendak berkawan rapat dengan saya. Sedangkan dalam masa yang sama jiwa saya meruntun untuk mempunyai seseorang lelaki dalam hidup saya. Tapi dalam diam-diam saya meminati seorang pelajar lelaki dari jauh, munkin saya telah jatuh cinta dengan dia. Malangnya saya tidak berani untuk mendekati dia apatah lagi untuk mencurahkan isi hati saya.
 
Saya mohon bantuan Abang Pengendali untuk membantu saya dalam masalah ini. Tolong bantu saya.
 
Gadis Susah Hati
(Boleh telefon saya di 019-225          )
 
 
 
Maklumbalas;
 
Saudari,
 
Pertama berkenaan permasalahan yang melibatkan lebihan berat anda.
 
Saya mencadangkan agar Saudari mengamalkan meminum SECAWAN TEH CINA YANG TELAH DICAMPURKAN DENGAN PERAHAN AIR LIMAU NIPIS. CUBA AMALKAN 2 KALI SEHARI IAITU SEBELUM TIDUR DAN SELEPAS BANGUN TIDUR. Insyaallah dalam masa 1 bulan sahaja Saudari akan dapat mengurangkan lebihan berat badan ini. Tiada apa-apa pantang dalam mengamalkannya malah Saudari boleh makan seperti biasa, tak perlu diet dan sebagainya !
 
Atau Saudari juga boleh mengamalkan memakan BELALANG BERAS YANG DIGORENG TANPA MINYAK. AMALKAN MEMAKANNYA SEBULAN SEBANYAK 4 KALI.
 
Sebenarnya permasalahan kedua Saudari boleh diselesaikan insyaallah dengan izinNya. Cuma pada hemat saya Saudari masih menuntut jadi adalah lebih penting Saudari menumpukan perhatian Saudari pada pelajaran Saudari. Kerana ini adalah masa depan Saudari. Insyaallah sekiranya Saudari telah menghabiskan pengajian Saudari tetapi masih mengalami masalah ini, jadi pada masa itu inyaallah saya akan menolong Saudari.
 
Terima kasih.
 
 
 

 
No 2
 
Daripada:     Ramlan Bin Abd Majid
Email:             (jgn siarkan email saya)
 
Soalan;
 
Saya berusia 34 tahun tapi rupa wajah saya sudah macam umur 40 an. Keadaan muka saya telah lebih tua dari umur saya yang benar-benar. Ramai yang tak percaya kalau saya kata umur saya baru 34 tahun. Apakan punca-puncanya yang menjadikan saya lebih tua dari usia sebenar? Ada tak cara untuk mengembalikan muda saya? Mintak tolong Datok selesaikan penyakit saya ini.
 
 
Maklumbalas;
 
 
Saudara,
 
Menurut bidang pengetahuan saya beberapa perkara yang menyebabkan  wajah menjadi lebih tua daripada usia adalah disebabkan beberapa faktor berikut :
  • Terlalu banyak berangan-angan.
  • Terlalu banyak meminum air pada waktu sarapan pagi.
  • Suka makan atau minum bahan yang masam-masam.
  • Terlalu banyak melakukan hubungan seks.
  • Kerap melakukan onani.
  • Melakukan hubungan 'anal' seks.
  • Sering bangun lewat dari tidur sehinggakan terbit matahari.
  • Sering tidur selepas Fardu Asar.
  • Tidur dibawah cahaya matahari contohnya berjemur.
  • Menghisap rokok, dadah dan mengambil minuman keras.
  • Terlampau banyak cakap, tidur dan makan.

Semoga Saudara berpuashati dengan penjelasan saya ini.

Terima kasih.


No 3
 
Daripada:     Aina Aina
Email:               pelayar_rindu@yahoo.com
 
Soalan;
 
Saudara Pengendali,
 
Anak bongsu saya sering mengalami masalah cacing-cacingan. Justeru itu saya ingin tahu adakah kaedah-kaedah tradisional untuk mengatasi masaalah yang sering menyerang anak bongsu saya ini?Harap penjelasan.
 
Terima Kasih.
Aina
DBKL
 
 
Maklumbalas;
 
Saudari,
 
Cuba amalkan MEMINUM JUS LOBAK MERAH YANG DICAMPURKLAN DENGAN 2 CAMCA KECIL SANTAN KELAPA PEKAT. AMALKAN 2 KALI SEHARI SELAMA 3 HARI BERTURUT-TURUT. Jika masalah ini masih terus menghantui anak Saudari sila hubungi saya semula.
 
Terima kasih.

© Copyright 1995-2008, Rawatan Mujarobat Tradisi Melayu.

All Reserved Rights  About this website | Legal & Privacy | Partners